Teknik pemasaran dengan media sosial 100% Berkesan
Assalamualaikum.
Hari ini saya akan kongsikan Teknik pemasaran dengan media sosial 2019, Teknik ini banyak digunakan sejat tahun 2010.
LinkedIn, Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, Snapchat dan Pinterest adalah platform media sosial paling popular di Malaysia manakala platform mesej segera yang terkenal pula ialah WhatsApp, Telegram dan WeChat.
Kita berbalik kepada media sosial. Untuk ‘bermain’ di media sosial dengan lebih baik daripada perspektif pemasaran, anda perlu terlebih dahulu faham yang mana posisi media sosial dalam keseluruhan strategi pemasaran.
Pemasaran menggunakan media sosial sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu platform yang mampu membantu anda dalam tiga perkara. Pertama, ia sangat efektif dalam menyebarkan kandungan seperti artikel, poster dan video kepada orang ramai dengan cepat dan mudah.

Kedua, ia juga sangat efektif membantu anda berinteraksi dengan para pengikut dan orang ramai lebih cepat dan real-time. Ketiga, membawa trafik ke laman web untuk ditukarkan daripada hanya sekadar menjadi pengunjung kepada pembeli.
Memulakan langkah di laman perniagaan media sosial, anda perlu menyediakan:
Logo
Adakah anda mempunyai logo yang menarik, ringkas, unik, mudah diingati, mudah dikenali, mudah dilukis kembali dan yang tidak seiras dengan logo-logo jenama lain?
Imej banner
Apakah gambar yang terbaik dan sesuai yang anda ingin letakkan pada ruang atas di laman media sosial anda, yang akan membantu menguatkan lagi rasa ingin percaya kepada jenama anda?
Profil
Latar belakang profil syarikat yang lengkap, menarik dan mampu memberi keyakinan kepada orang yang melihatnya untuk datang lebih dekat lagi. Profil juga sepatutnya menyediakan sebab-sebab mengapa mereka perlu memilih produk dan perkhidmatan anda dan bukannya membeli daripada orang lain.
Laman web (blog)
Adakah syarikat anda mempunyai laman web dan adakah anda berpendapat imej akan tercalar sekiranya anda masih lagi belum mempunyai laman web sendiri?
Alamat korporat
Adakah alamat korporat anda merupakan alamat kediaman anda, alamat pejabat maya sahaja atau benar-benar alamat pejabat anda?
Alamat e-mel
Adakah anda mempunyai alamat e-mel korporat atau masih lagi bergantung kepada platform e-mel percuma seperti Gmail, Yahoo ataupun Hotmail?
Setelah selesai, anda perlu memikirkan pula tentang kandungan yang hendak dimuat naik nanti. Apakah yang anda ingin dilihat, dibaca atau ditonton oleh para pengunjung laman media sosial anda?
Kandungan hanya terdiri daripada beberapa bentuk penulisan, video, reka bentuk grafik, poster dan GIF. Sediakan seberapa banyak yang mungkin kandungan sebegini secara tidak langsung membuatkan para pengunjung laman media sosial anda memahami tentang mesej jenama anda yang cuba disampaikan.
Ini operasi di media sosial secara keseluruhannya:
Memuat naik status terbaharu setiap hari
Ini sangat penting bagi memastikan anda sentiasa berada dalam pemikiran dan hati para pengikut. Status ini pula, anda perlu tahu sama ada ia harus dimuat naik ke dalam media sosial itu dan berhenti di situ sahaja atau memuat naik pautan daripada laman web anda yang kemudiannya membawa para pengunjung keluar ke laman web setelah diklik.
Interaksi
Berinteraksi, bersembang dan berseloroh dengan para pengikut anda di ruangan komen pada status-status tertentu yang dimuat naik untuk mendapatkan kepercayaan mereka terhadap jenama anda.
Kata kunci yang tepat
Menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai sangat penting agar enjin pencarian dapat mengindeks perkataan-perkataan tadi dan juga laman media sosial jenama anda akan kelihatan menarik untuk terus dilawati oleh pengguna platform media sosial tersebut. Adakah anda tahu kata-kata kunci yang harus digunakan?
Ajak untuk bertindak
Ini dikenali sebagai call-to-action atau CTA. Memuat naik status yang berbentuk CTA atau mengajak pengunjung laman media sosial anda itu untuk bertindak setelah membaca status-status yang dimuat naik sangat penting dalam keadaan ini. Ia adalah satu proses memujuk mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Melayani pesanan terus
Untuk membawa para pengunjung menghantar pesanan terus atau direct message amat sukar tetapi tidak mustahil. Sekiranya anda berjaya, ini bermakna perjalanan anda untuk mendapatkan pelanggan berbayar sudah sangat dekat.
Ramai pemilik perniagaan, usahawan kecil dan sederhana mahupun individu korporat berkata, untuk bergerak aktif dalam pemasaran media sosial tidak begitu sukar. Ternyata dengan senarai-senarai di atas, tanggungjawab ini sebenarnya jauh lebih sukar daripada disangkakan kerana ia adalah kerja sepenuh masa.
Sekian saja posting saya tentang Teknik pemasaran dengan media sosial 2019, Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda.
Sekiranya diberi kesempatan kita berjumpa lagi di posting seterusnya.Wasalam
Update:
Sekiranya anda berminat beriklan di blog ini, sila hubungi saya melalui contact page di dalam blog ini.
Thanks,
O4U Team.

Caution - In the recruitment process, legitimate companies never charge a fee from candidates. If there are companies that charge for interviews, tests, ticket reservations, etc., it is better to avoid them because there are indications of fraud. Do not transfer any payments when applying for a job.
Post a Comment
Post a Comment